Belum Kebah Demam Minggu Lepas, Kini Kena Demam Campak Pulak

Bermula sahaja sesi persekolah selepas seminggu menyambut cuti aidil fitri, badan ni dah mula panas2 seolah-olah macam nak demam. Bila keadaan badan mula tak selesa, saya pun pergilah ke klinik swasta dulu untuk melihat apa sebenarnya punca tiba-tiba suhu badan ni meningkat naik. Bila diperiksa sahaja doktor, sah suhu badan mencecah lebih 30 darjah. (huh! patut la pening kepala semacam). Selepas seminggu sesi persekolah berlalu, hari ni badan kembali panas dan timbul bintik-bintik merah seolah-oleh menyamai simtom2 demam denggi ( nauzubillah ). Selepas dua kali membuat pemeriksaan di hospital kajang dengan mengambil sample darah untuk pengesahan, doktor dah mengesahkan tiada pula ditemui simtom2 denggi, tetapi yang disahkan adalah demam campak (virus mudah berjangkit). Habis seluruh badan timbul bintik-bintik merah yang menyebabkan kegatalan. Apapun ini lah kali pertama terpaksa diambil darah untuk mengenalpasti punca demam yang sedang dilalui... Sabar je la...( Doktor telah 'merehatkan' saya selama 3 hari bermula hari ini kerana dikhuatiri takut berjangkit ).

1 comments:

lebih 100 darjah badan menggelegak woo.. slap tulis nie.. hehe..

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.