Tempoh Kursus KPLI Dilanjutkan 18 Bulan ?

KPLI 18 bulan

Oleh Azrul Affandi Sobry

Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti. Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.

"Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini. "Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.
Dipetik dari BHarian.com.my

[ Secara peribadi, cadangan untuk melanjutkan tempoh bagi pengajian KPLI di IPG Malaysia kepada 18 bulan amatlah wajar dan rasional jika ia dilihat dari aspek positif demi bakal guru dan juga anak didik di sekolah. Sememangnya kini profesion keguruan semakin mendapat perhatian dikalangan lepasan ijazah. Mana tidaknya, tawaran yang dikemukakan oleh pihak kementerian pelajaran kepada bakal pelatih guru di seluruh IPG amat 'lumayan' dan menarik. Jika dilihat dari aspek elaun sahaja, bagi guru pelatih KPLI mencecah kepada RM 1300. Kalau dipotong pun oleh pihak IPGM selepas ditolak semua kos yuran, elaun masih lagi melebihi paras seribu lebih. Namun itupun ada kedengaran segelintir dikalangan mereka suara-suara sumbang yang mempertikaikan tindakan pihak IPGM tersebut. Dari aspek penempatan pula, macam biasalah, waktu ditemuduga, skripnya "saya sedia dihantar ke mana sahaja". Namun bila waktu mengisi borang 'posting', sudah mula masing-masing mencongak untuk mencari 'kabel' bagi memastikan mereka mendapat tempat yang 'sejengkal' sahaja daripada rumah keluarga ataupun sedara mara mereka. Bila sudah ditempatkan disekolah, maka kedengaran pula cakap-cakap dikalangan pentadbir yang mempertikaikan mutu dan komitmen mereka dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Walauapapun, itu hanyalah segelintir sahaja guru pelatih lepasan KPLI yang 'bermasalah'. Namun bak kata pepatah, "kerana setitik nila, rosak susu sebelanga". Hakikatnya ramai juga dikalangan mereka mampu membuktikan bahawa guru lepasan KPLI sememangnya berkualiti dan berkomitmen tinggi walaupun hanya mendapat latihan selama 12 bulan sahaja.

Jika dipanjangkan kepada 18 bulan pula tempoh latihan tersebut, sememangnya amat wajar dan rasional demi memantapkan lagi jiwa bakal guru yang kini semakin hebat diasak dengan cabaran daripada ibubapa dan juga murid. Jika mereka benar-benar menjiwai semangat seorang pendidik, jika tempoh 24 bulan pun, mereka pasti akan sahut dengan penuh positif dan berkobar-kobar....tak begitu ??? ]

0 comments: