Syabas & Tahniah Buat Tn Hj Borhan

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Tn Hj Borhan diatas usaha murni untuk meneruskan agenda mengimarahkan lagi Surau Selindang dengan pelbagai aktiviti terkini. Dengan perkembangan terbaru iaitu penubuhan cawangan Pusat Rawatan Islam DarusShifa di Daerah Lipis adalah satu usaha yang perlu diberi sokongan utuh oleh seluruh warga penduduk daerah Lipis. Walaupun hanya menumpang surau selindang, namun kini usaha Tn Hj Borhan tidak sia-sia apabila difahamkan wakil Darus Shifa Bangi akan memberi sokongan secara rasmi terhadap penubuhan pusat perubatan Islam tersebut. Apapun moga-moga Surau Selindang ini akan terus subur dengan pelbagai aktiviti dalam meneruskan aspirasi para penggerak utama surau ini yang 'patah tumbuh hilang berganti'.
Al-Fatihah buat Arwah Abah...Ust Jaafar

0 comments: