latest articles

Insan Yang Tidak Pernah Berputus Asa


PETALING JAYA – Dilahirkan tanpa kaki dan tangan, kisah hidup Nick Vujicic yang sering menjadi mangsa buli di sekolah ternyata menyentuh hati lebih 3,000 penuntut Universiti Sunway, di sini.

Ada yang tidak mampu menahan air mata. Betapa ia menzahirkan kekuatan insan istimewa seperti Vijicic mampu mengubah persepsi dunia.

Ketika orang lain sering menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk meraih simpati, tetapi Vijicic menjadikan kecacatan sebagai pembakar semangat untuk mencipta keajaiban, sekali gus menjadikan dirinya sumber inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

“Saya sudah jelajah 46 negara, bercakap di lebih 500 sekolah dan berhadapan dengan jutaan orang dalam usaha menyampaikan mesej betapa pentingnya kasih sayang dan harapan.

Klik selanjutnya sinarharian.com.my
Read more

Antara Riba' dan Zakat : Satu Penjelasan


Merujuk kepada jadual di bawah, jelas anda boleh melihat dengan mata kasar bahawa harta anda berkurang dengan zakat tetapi bertambah dengan riba'. Usah tertipu dengan dunia yang sememangnya menipu. Satu anologi yang saya ingin tekankan di sini, riba' ialah ibarat 'virus' dalam harta kita, manakala zakat ibarat 'benih' dalam harta kita. 'Virus' itulah yang memakan harta anda dan 'benih' itulah yang mengembangkan harta anda.

"Allah akan menyusutkan harta riba' dan Allah akan mengembangkan harta sedekah dan zakat dan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang terus kekal dalam kekufuran dan berdosa."
(Surah Al-Baqarah, ayat 276)
Ternyata ayat-ayat Al Quran benar dan terbukti kebenarannya. Mari kita selidiki apa maklumat berharga yang Allah mahu sampaikan kepada hamba-hambaNya menerusi ayat 276, Surah Al-Baqarah itu. Lihat pada ayat di atas; ada dua subjek utama yang menjadi fokus ayat iaitu yang pertama riba' dan kedua zakat. Kedua-dua subjek ini sangat berbeza kerana zakat itu akan mengembangkan harta kepada semua orang untuk dimanfaatkan oleh orang lain manakala riba' itu ialah mengumpulkan harta untuk diloba oleh sebahagian individu yang mana manfaat harta itu hanya dinikmati oleh mereka. Jadi kita lihat, riba' itu tidak selari dengan zakat lalu ada yang bertanya "Ustazah, kalau macam itu, boleh ke kita bersihkan harta riba' itu dengan keluarkan zakat?" maka jawapannya tentu tidak. Tidak akan bercampur yang hak dengan yang batil.
Allah telah memilih kalimah "يمحق" yang membawa maksud hilang atau susut. Bukanlah maksud kerana riba' harta seseorang akan hilang dengan serta merta. Tetapi harta itu akan hilang secara perlahan-lahan tanpa disedari mereka. Situasi ini boleh kita lihat di sekeliling kita. Apabila sesetengah individu terlibat dengan riba', pada mulanya dia nampak kaya, hebat, bergaya - tetapi lama kelamaan Allah akan menimpakan dia musibah sedikit demi sedikit sehingga dia menderita jiwa atau fizikalnya.
Kalimah "يربى" pula membawa maksund untung, bertambah dan berganda. Sesungguhnya yakinlah bahawa dengan menunaikan zakat itu akan menambahkan harta kita dan yang pasti pahala kita akan sentiasa digandakan oleh Allah. Mari kita lihat sekiranya kira mengeluarkan zakat sebanyak RM8 melalui pembayaran pada badan yang menguruskan zakat, contohnya, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP, maka agihan akan dilakukan kepada 8 golongan asnaf yang memerlukan, maka setiap asnaf akan menerima RM1 daripada wang zakat kita.
Bayangkan betapa ramai individu yang boleh kita bantu dengan membayar zakat. Maka adakah Allah akan mensia-siakan amalan hambanya? Sudah tentu tidak. Oleh itu, rasailah sendiri dengan membayar zakat, pahala akan bertambah dan harta kita juga akan bertambah.
Lanjut sila klik www.iluvislam.com
Read more

Gelagat Cikgu dan Murid : Guru Mengajar, Murid Belajar





































Koleksi 36 aksi gelagat guru dan murid yang merupakan satu realiti dunia pendidikan pada zaman kini. Mungkin salah satu daripada gelagat ini pernah dilalui oleh cikgu atau murid ?
Read more

Adegan Filem Panas ?? OMG !!! OMK !!!



OMK mengisahkan Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka.

Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama Sam sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun.

Selanjutnya, klik di sini sinarharian.com.my
Read more

Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.


Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia
Read more

Bingkisan Catatan Dari Kembara 2013 : Terbaik !!!


Perkhemahan Unit Berunifom SKBTHO yang bermula pada 26/4 hingga 28/4/2013 telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh jawatankuasa perkhemahan. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang ditempuhi dalam menjadikan program ini benar-benar efektif, semua itu telah berjaya diharungi dengan semangat kerjasama dikalangan ajk dan juga semua peserta. 

Tabik kepada semua ajk dan semua peserta KEMBARA !

 ( Chef Zul menunjukkan hasil masakan maggi pizza kepada peserta )

 ( Slot "tawa dalam tangisan" yang mantap )

 ( Pengalaman manis yang pasti tak akan dilupakan )

 ( marah tapi seronok....camne tu ?? )

( cuba mencari kekuatan diri dalam membina keyakinan berhadapan dengan cabaran )

 ( semua peserta berjaya menyempurnakan aktiviti yang dirancang )

 ( Kem Kom Sdr Shukry sedang mengira peserta takut-takut ada yang tercicir )

 ( bersiap sedia untuk pulang )

 ( Tuan Sham sedang cuba 'merasai' kedalaman sungai sebelum peserta dibenar memulakan aktiviti )



Read more