Israel terus mengganas sesuka hati...Dunia Islam buat apa? OOO I C...

Israel menghantar "mesej yang jelas" kepada Hamas melalui pembunuhan komander tinggi tentera dan bersedia untuk meluaskan operasinya di Gaza jika perlu, amaran dari Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu.  "Hari ini kita menghantar satu mesej yang jelas kepada Hamas dan pertubuhan pengganas yang lain, dan jika perlu kita bersedia untuk meluaskan operasi," katanya dalam ucapan di televisyen petang Rabu lalu. 

Bercakap beberapa jam selepas gelombang serangan udara di Semenanjung Gaza Palestin yang membunuh ketua tentera Hamas, Ahmad Jabari dan enam orang lain, Netanyahu berikrar bahawa Israel tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana tembakan roket api ke wilayahnya. "Hamas dan organisasi pengganas telah memilih untuk meningkat serangan mereka ke atas rakyat Israel baru-baru ini. Kami tidak akan bertolak ansur dengan situasi warganegara Israel diancam oleh serangan roket," kata beliau selepas berunding dengan kabinet keselamatan beliau. Wartawan Al-Jazeera, Baba Nadim yang melaporkan dari Gaza berkata, "30 saat yang lalu terdapat satu lagi letupan besar. 

[Serangan] telah berlaku sepanjang petang ini." "Ia bukan hanya serangan udara, tetapi juga serangan dari kapal-kapal tentera laut Israel  yang hanya berada di luar pantai Gaza." "Jalan-jalan di Gaza City pada petang Rabu lalu sangat senyap, yang kedengaran hanyalah bunyi ambulans." lapor Nadim. "Laporan terbaru dari sumber perubatan adalah sekurang-kurangnya tujuh orang telah terbunuh, termasuk dua kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 60 orang telah cedera, termasuk 10 kanak-kanak." Mark Regev, jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel, memberitahu Al-Jazeera, "Kami terus menyerang Hamas, tapak peluru berpandu mereka, kerana kami tahu mereka akan segera memberi tindak balas. 

Sebenarnya kami tidak mahu pertempuran ini, kami hanya terpaksa untuk melakukannya." "Kami tidak akan membenarkan Hamas untuk melakukan keganasan kepada rakyat kami," katanya. "Semua pilihan masih terbuka. Matlamat kami yang paling penting adalah untuk melindungi rakyat kami. Hamas telah sengaja mensasarkan orang awam. Mereka juga dengan sengaja menggunakan orang awam Gaza sebagai perisai manusia juga." (aljazeera.com)

Lagi gambar kekejaman Israel

0 comments: