Al-Fatihah....buat Ayahanda Tercinta Allahyarham Ust Jaafar

Al-fatihah buat Ayahanda Allahyarham Ust Jaafar b Mamat...



Tanggal 23 Mei 2009, tepat jam 8 malam, genap umur 61 thn 6 bln 14 hari telah perginya AyahandaUst Jaafar bin Mamat tercinta ke Rahmatullah dengan penuh rasa sayu dan pasrah setelah genap seminggu berada di Hospital Temerluh, Pahang.

Pemergian Arwah Ayahanda adalah satu kehilangan besar buat penduduk kampung Berchang dan Kampung Selindang. Apatah lagi kehilangan yang amat dirasai oleh Bonda Hjh Zaliha dan ahli keluarga. Walaupun Doktor mengesahkan bahawa 'strok' adalah punca utama pemergian Ayahanda ke Rahmatullah, namun kami ahli keluarga meyakini bahawa sesungguhnya Allah swt lebih sayangkan Ayahanda.

Mudah-mudahan Roh Ayahanda Ust Jaafar akan berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah...

0 comments: