Dari Kecil Kita Diajar Dan Belajar..Kini...

Itulah lumrah kehidupan. Dari kecil kita diajar dan belajar. Dan kini aku menjadi seorang yang mengajar kepada anak-anak didik yang ingin belajar dan diajar untuk memenuhi tuntutan fitrah kehidupan seorang manusia di dunia ini.

Dulu Sek Keb Berchang, Kuala Lipis tempat aku menimba ilmu untuk mencapai cita-cita ku yang satu iaitu ingin menjadi seorang ahli perniagaan...

Namun kita hanya mampu merancang, ketentuan Allah swt telah mengurniakan aku satu kerjaya yang tidak aku terfikir sama sekali untuk menjadi seorang pendidik. Namun, alhamdulillah aku amat bersyukur bahawa kerjaya ini adalah kesinambungan daripada profesion yang telah pernah dilalui oleh bapaku. Jika dahulu dia seorang guru..kini aku pula bergelar guru.



Destinasi aku yang pertama dalam usaha menyemai ilmu dan mencurahkan bakti adalah di Negeri Johor Takzim iaitu SK Kangka Tebrau dalam daerah Johor Bahru.

Setelah 2 tahun bermukim di Kangka Tebrau yang banyak mengajar aku erti seorang pendidik diperantauan, aku telah bertukar ke negeri Selangor Darul Ehsan bermula pada tahun 2008 kerana ingin bersama Zaujah yang tersayang.

Kini aku telah ditugaskan berkhidmat di SK Bandar Tun Hussein Onn sebagai Guru Pendidikan Islam bagi sesi petang...www.skbtho.com








Biarpun berlainan negeri tempat berbakti, namun matlamat dan objektif tetap SATU...
Terus setia menabur khidmat dan bakti dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan demi menunaikan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB sebagai khalifah Allah di muka bumi yang sementara ini...